Quantcast
Channel: CeRiTa Oleh aKu..KiSaH aNak aKu..KeHiduPaN KorGa aKu..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 115

....HARI ASYURA ..BUBUR ASYURA (SUGHO)

$
0
0

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arabasyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

So aku aku tertanya-tanya la jugak.. apa kaitan hari asyura dengan bubur asyura..tak ada jawapan.. so tak kisah laa kan apa kaitan nyaa janji bila 10 muharam dalam kepala otak aku adalah bubur asyura atau SUGHO yang sedapppppp nyumm nyumm tu.. yang kaya dengan rempah ratus dan bila gigit ada daging yang dicarik carik tu.. uiii nyummm nyummm...

bubur asyura nie ada banyak versi.. setiap negeri ada versi masing masing.. macam aku .. aku paling suka versi kelantan..kalau versi negeri lain.. aku tengok dah macam ghuper bubur kacang.. atau bubur nasi biasa jerk..yang versi kelantan nie mungkin sebab rasa daging tu dan rasa rempah tu kot yang buat aku sukaa.. 

gambar ehsan dari google.. tuan punya gambar.. saya pinjam gambar awak yerk..
beginilaa ghupernyaa bubur asyura (SUGHO)..

kalau dedulu.. area rumah mak aku dekat Ampang .. ada satu kawasan dekat situ ..  majoriti memang ramai orang kelantan.. so dorang memang rajin buat gotong royong buat bubur asyura nie.. dorang akan datang laa dekat rumah rumah.. tanya kalau nak join.. kalau nak join kira dorang mintak laa duit sikit.. dedelu kalau satu dulang besar tu. dalam RM30.00.. memang puas laa makan kan . tapi masa jaman aku kecik tu aku tak pandai makan.. bila makan rasa nak terbelahak .. tak leh terima rasa rempah rempah tu semua.. 

tapi sejak kawin dengan pak incik nie. yang selera tu dah bertukar.. bermula dengan adik ipar aku laa. dia memang hantu sugho nie.. kalau dia makan.. tak main potong kecik kecik nie.. memang besar besar tapak tangan sekali makan.. aku tengok memula tu macam tak berapa nak terliur.. tapi lelama tengok.. aiiiiihhhh kecur air liur.. bila try.. eehhh..ehhh..ehhhhhhh.. sedappppppppplaaaaa.. ke cara orang masak lelaian.. hahahah.. sejak tu.. memang aku akan berzikir laa dekat telinga pak incik.. suruh call mak mertua aku..ada ke tak sugho nie.. kalau bapak mertua aku tak buat.. sanggup mak mertua aku try cari dekat pasar.. beli.. atau pun mintak ehsan jejiran kalau dorang ada buat.. heheheheheheh.. sayang mak mertua kita tau.. 

minggu lepas adik ipar aku balik kampung.. aku try tanya dia.. tak ada ker SUGHO... katanya tak ada.. sebab bapak mertua aku tengah sibuk nak prepair untuk kerja kawin adik ipar aku.. so sikit hampa.. terus rasa kempunan.. dan ..dan tu nak pergi cari batu belah .. hahahahah.. 

tapi tu laa kan orang kata.. kalau dah rezeki tu tak kemana.. sabtu tu.. kira menghantar adik ipar aku bernikah dekat kuala lipis.. kebetulan .. tuan rumah yang tempat mak mertua aku transit tu ada buat sugho nie.. dan lagi nak kebetulan plak.. majoriti penduduk kampung tu orang kelantan.. ermmm ko.. mak mertua aku terus panggil aku.. hahahahah.. so dapat laa sebekas.. buat hilang kempunan kan.. 

 muka happy sangat.. terus rasa nak peluk peluk mak mertua kita tau..
yang putih tu beras goreng tau dan di blander halus..

time tu dah tak ingat dah apa bahan-bahan buat bubur aysura nie. dalam kepala dok cakap.. tak apa laa makan jerk laa. bukan senang nak dapat nie.. so hari sabtu belasah makan tanpa rasa bersalah..sekali sekala kan.. so tadi try google resepi sugho nie.. terussss terbeliak bijik mata.. hahahahhahahaha.. ada beras weeiii.. pengsan jap..gula lagi.. hahaha.. aku kalau cheat day diet pun.. benda lain aku makan.. tapi nasi memang aku tak sentuh langsung.. hahahahahha.. ok.. stop cheat diet.. harinie start balik dengan clean food.. dan togok air 5 litter..

dan sesaper yang terasa nak buat bubur asyura versi kelantan nie.. nah aku tepekkan resepi.. jap.. ada ke yang nak buat.. hahahahahhaha.. semalam aku cakap dengan pak incik.. nanti balik kelantan awal tahun nanti.. aku nak buat sendiri sugho nie.. pak incik kata.. ingat senang ke nak buat.. nak mengacau dalam 10 jam nak kasi tahan lama.. arrghhh alasan.. makan nak.. bila nak buat banyak alasan kan.. dah kata nak makan buat laa kan.. leh makan banyak banyakkkkkkkkk.....

nie resepi untuk sekawah tau.. aku ambik dari google jerk.. sebab dalam hati ada niat nak buat sendirikan..
tapi kalau korang buat.. ingat laa dekat hakak ek.. nak sebekas .. heheheheheheh


Bahan-bahannya:
1 gantang beras
4 kg bawang merah(3 kg dimesin ,1 kg dijadikan bawang goreng)
4 kg gula
4 kg daging
4 kg santan
1 kg kacang
1 kg ubi
1 kg kelapa(untuk kerisek)
5 btg serai
5 cm halia
1/4 kg bawang putih
rempah ashura (mana nak carik)
1/2 cawan garam

Cara memasak nya:
1. Beras,kacang,dan ubi di masak sehingga hancur atau dimasak dan dimesin.
2. 3 kg bawang merah+bawang putih+halia+serai dimesin.
3. 1 kg bawang merah dibuat bawang goreng-kelapa dibuat kerisek.
4. Daging direbus hingga empuk dan dihancurkan(seprti membuat sambal daging).
Gaul bersama air rebusannya,rempah dan bahan yang dimesin.
5. Kacau beras atau nasi hingga hancur(tambah air jika perlu)
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga habis
7. Masukkan gula,garam.kacau hingga rata.
8. Masukkan rempah kemudian kacau lagi.
9. Akhir sekali,masukkan kerisek dan bawang goreng.kacau hingga kering.
10. Sejukkan ke dalam bekas2 kecil




Viewing all articles
Browse latest Browse all 115

Trending Articles


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)